Trek Jogging Jadi Litar Motosikal, Netizen Desak DBKK Tegas Bertindak

Trek Jogging Jadi Litar Motosikal, Netizen Desak DBKK Tegas Bertindak

0
SHARE

KOTA KINABALU: Papan tanda larangan telah pun dipasang di Taman Awam Teluk Likas, namun segelintir individu masih berdegil menunggang motosikal di trek jogging.

Dalam satu kenyataan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan tindakan itu jelas bertentangan dengan peraturan taman awam dan boleh membahayakan keselamatan pengunjung lain.

Video kejadian berkenaan yang tular pada 18 Ogos lalu menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap pematuhan di kawasan rekreasi popular tersebut.

DBKK berkata papan tanda larangan dipasang sepanjang taman untuk memberi panduan kepada pengunjung dan mengingatkan mereka supaya menggunakan kemudahan awam secara berhemah.

“Sikap sambil lewa dan ketidakpatuhan bukan sahaja boleh merosakkan kemudahan, malah meningkatkan risiko bahaya terhadap pengunjung lain,” menurut kenyataan itu.

Namun, netizen di ruangan komen berpendapat bahawa sekadar papan tanda tidak mencukupi.

Ramai menegaskan tanpa penguatkuasaan tegas, papan tanda hanyalah hiasan dan tidak akan menghalang pelanggaran peraturan.