‘Kota Ini Tak Sama Tanpamu’: Kolaborasi Malaysia, Indonesia dan Brunei

‘Kota Ini Tak Sama Tanpamu’: Kolaborasi Malaysia, Indonesia dan Brunei

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Tiga bintang muda Asia Tenggara, Nadhif Basalamah (Indonesia), Aisha Retno (Malaysia) dan Aziz Harun (Brunei) bergabung dalam single baharu berjudul “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”, yang kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.

Lagu ciptaan bersama ketiga-tiganya ini lahir secara spontan ketika pertemuan di Kuala Lumpur pada 2024, sebelum proses rakaman akhir disempurnakan dengan sentuhan penerbit terkenal Indonesia, Petra Sihombing.

Menurut Aziz Harun, lagu ini mengingatkannya kepada kenangan indah di Kuala Lumpur, manakala Nadhif melihatnya sebagai karya yang menghubungkan tiga negara.

Aisha pula menyifatkan kerjasama ini seperti bertemu rakan lama walaupun pertama kali berkolaborasi.

Dengan lirik penuh emosi, harmoni vokal lembut dan produksi pop kontemporari, lagu ini menampilkan naratif bahawa kota bukan sekadar lokasi, tetapi bermakna kerana insan yang menemani kita.

“Kota Ini Tak Sama Tanpamu” sudah tersedia di Spotify, Apple Music, YouTube Music, Deezer dan semua platform penstriman digital utama.