Lelaki Cedera Parah Kemalangan Dua Lori di Sandakan

Lelaki Cedera Parah Kemalangan Dua Lori di Sandakan

0
SHARE

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera parah selepas lori baja yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori minyak di Jalan Sakilan Desa, Batu 21, awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa tersepit di dalam lori baja dan berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas pada jam 7.35 pagi.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS di lokasi sebelum dihantar ke hospital menaiki ambulans KKM,” Kata seorang pegawai jurucakap.

Operasi dengan kekuatan tujuh anggota bomba itu tamat pada jam 7.46 pagi selepas lokasi disahkan selamat.