KOTA BELUD: ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan menegaskan fokus utamanya kekal pada pembangunan belia dan penerusan program yang telah dimulakan sebelum ini untuk penduduk Pintasan serta generasi muda seluruh Sabah.
Beliau berkata kemenangan itu membuktikan suara rakyat dan anak muda, dan sokongan kepada blok kerajaan adalah bagi memastikan amanah pengundi dapat ditunaikan.
Fairuz menegaskan beliau kekal bebas, tidak terikat mana-mana parti, tetapi akan menyokong kerajaan tanpa mengorbankan prinsip perjuangannya.
Katanya, parti hanyalah platform, manakala yang utama ialah membawa suara rakyat.
Fairuz mempertahankan kerusi Pintasan dengan 4,657 undi, majoriti 1,070.






