Rina Jainal Masuk Harapan Rakyat, Ahli Warisan Terus Berkurangan

Rina Jainal Masuk Harapan Rakyat, Ahli Warisan Terus Berkurangan

0
SHARE
ADUN N.70 Kukusan, Rina Jainal...

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan terus berkurangan dengan pengumuman keluar parti ADUN N.70 Kukusan, Rina Jainal semalam.

Beliau menyatakan hasrat untuk meneruskan perjuangan di bawah naungan Parti Harapan Rakyat Sabah yang menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Rina berkata langkah demikian dibuat secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak…

Kenyataan beliau sama dengan enam lagi ahli Warisan iaitu nasib rakyat dan ekonomi setempat hanya dapat dibela, membangun, di bawah hala tuju GRS.

Turut hadir dalam sidang media kelmarin ialah presiden Harapan Sabah, Tan Sri Liew Yun Fah. Parti tersebut ditubuhkan Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin pada tahun 2016.

Sementara itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata parti tersebut masih kukuh.

Dakwanya, pemergian Rina dari parti adalah susulan penandatanganan sebuah dokumen yang menjanjikan faedah kepadanya.

“Kita masih mantap lagi di Tawau, Kalabakan. Berbagai langkah yang mereka lakukan untuk menekan, melemahkan Warisan. Warisan Insya-ALLAH masih kuat,” kata Shafie.

Tambah beliau, ENAM (6) orang bekas ahli itu bakal berhadapan tindakan makhamah berlandaskan sumpah yang telah diangkat semasa bersetuju menyertai parti berkenaan.