PENAMPANG, SABAH – Seorang wanita warga asing maut selepas menjadi mangsa langgar lari membabitkan dua kenderaan ketika cuba melintas jalan berhampiran Kampung Dumpil di Putatan kira-kira jam 2.30 petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata mangsa berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat.
“Manakala kedua-dua pemandu kenderaan merupakan lelaki warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saksi kejadian digesa menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya dalam satu kenyataan.