1,000 Jalur Gemilang, Bendera Sabah Berkibar Di SMK Kundasang

1,000 Jalur Gemilang, Bendera Sabah Berkibar Di SMK Kundasang

0
SHARE
Kmjg
Kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah di SMK Kundasang yang sungguh meriah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

RANAU, SABAH – Lebih 1,000 helai Jalur Gemilang dan Bendera Sabah berkibar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kundasang.

Pengetua SMK Kundasang Jollity Bollah mengetuai warga sekolah terdiri daripada 925 orang pelajar dan lebih 100 orang guru dan kakitangan bukan mengajar mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah bagi menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2024.

Persembahan tarian sumazau diiringi paluan gong, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik oleh pelajar SMK Kundasang menambahkan lagi kemeriahan sambutan konvoi KMJG di sekolah tersebut.

Konvoi KMJG 2024 yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor masuk hari ke 15 selepas melalui perjalanan lebih 1,400km sejak 8 Ogos lalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH