KUALA LUMPUR – Off The Grid (OTG) merupakan subjenama yang dicipta oleh pasukan di sebalik Art of Speed (AOS), acara gaya hidup automotif terbesar di Asia Tenggara.
Dianjurkan pada tahun 2022 sebagai acara poket dalam AOS, OTG telah diterima baik dan mendapat sambutan yang positif, membina pangkalan peminat yang besar.
Dengan pengalaman AOS dalam membangun komuniti, matlamat OTG adalah untuk menghimpunkan pelbagai komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia dalam satu acara skala besar.
OTG diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun – ‘FIELDSTYLE’. Dengan peningkatan minat dari kalangan komuniti gaya hidup outdoor di Malaysia, OTG bakal menjadi platform untuk segmen gaya hidup outdoor serta memperkenalkan ia peminat baru.
Kini, sebagai acara yang bergerak secara sendiri, OTG menyasarkan kira-kira 30,000 pelawat.
Off The Grid 2024 (OTG 2024) akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) dan MAEPS bakal menjadi hos OTG 2024 pada 23, 24 dan 25 Februari 2024 (10:00 pagi – 10:00 malam).