SHAH ALAM – Pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menepati ramalan peminat sukan bola sepak selepas menamatkan kemarau 26 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 untuk edisi ke-91 ini dengan menundukkan Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Slam, sebentar tadi.
Pasukan Harimau Selatan (Southern Tigers) bermula garang selepas memperoleh gol pertama seawal minit ke-2 hasil daripada sepakan penjuru yang disempurnkan dengan baik dengan tandukan hebat pemain pertahanan Mohamad Aidil Zafuan Razak.
Kesan daripada gol pertama, Kedah mula untuk bangkit daripada ketinggalan 1-0 dan mengatur strategi serta melakukan beberapa serangan.
Namun, pasukan JDT kendalian Jurulatih Ulisses Manuel Nogueira Morais berjaya mengatur strategi dengan pantas di bahagian pertahanan dan jentera tengah sehingga menyukarkan Kedah mencari gol penyamaan.
Sebanyak dua kad kuning dilayangkan oleh pengadil kepada dua orang pemain JDT iaitu Kunanlan Subramaniam danGabriel Miguel Guerra pada babak masa pertama.
Masuk di babak kedua permainan, JDT tampak dengan usaha untuk menggandakan asakan dan asakan tersebut membuahkan hasil selepas gawang Helang Merah dirobek sekali lagi pada minit ke-62 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.
Wisel penamat ditiupkan, dengan rasminya keputusan penuh JDT 2, Kedah 0.
Tahniah untuk pasukan JDT dan Kedah yang beraksi cemerlang pada final malam ini, sebentar tadi.
Majulah sukan untuk Negara!!!