KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (Harapan) hari ini melancarkan pek Do-It-Yourself (DIY) iaitu satu aplikasi kempen pilihan raya.
Memetik kenyataan Sinar Harian, pelancaran gimik disempurnakan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pelancaran itu sekaligus mandakan bahawa Harapan sekarang sudah bersedia untuk bertempur dalam PRU14 nanti.
Pek DIY merupakan satu medium untuk menyebarkan bahan kempen pilihanraya pembangkang.
DIY atau buat sendiri adalah pek lengkap bahan bahan kempen pilihanraya yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja dan kemudiannya dicetak dan disebarkan, ianya mudah, cepat dan murah.
Terdapat risalah, poster dan sticker yang telah tersedia direka dan dicetak sendiri.
Profil calon-calon pilihanraya Harapan juga akan disediakan kepada rakyat mengenali calon Harapan yang akan bertanding nanti.
Ia boleh diperolehi menerusi web Pakatan Harapan.com.my atau Googledrive bagi mendapatkan pek DIY.