KKM Laporkan 21 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini, 76 Orang Sembuh

KKM Laporkan 21 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini, 76 Orang Sembuh

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu positif COVID-19 hari ini sebanyak 21 orang dan  menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,556 orang.

DARIPADA 21 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, TERDAPAT DUA (2) KES IMPORT TERLIBAT.

SEBANYAK 19 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 12 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
WARGANEGARA DAN LAGI 7 KES DARI KALANGN BUKAN WARGANEGARA.

Laporan media harian perkembangan COVID-19 sebentar tadi yang dipetik melalui Facebook KKM menyatakan bahawa jumlah pesakit yang telah discaj sebanyak 76 orang, ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 8,146 orang bersamaan dengan 95.21% daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19.

Menurutnya lagi sebanyak 3 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 0 pesakit.

Dalam pada masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa tiada kes kematian dilaporkan di Malaysia dan setakat ini jumlah kes kematian kekal sebanyak 121 kes iaitu bersamaan 1.42%.