SIPITANG: Seramai lapan buah keluarga dari empat kampung sini dibantu Bomba untuk berpindah ke pusat penempatan sementara (PPS) ekoran banjir lewat malam semalam.
Kampung-kampung terbabit ialah Kg Kaban, Kg Pantai, Kg Tanjung Nipis, Kg Ranau-Ranau, Kg Skim Sindumin…
Panggilan kecemasan yang pertama diterima pada jam 9.50 malam.
Menurut urutan kampung yang disebut, sehingga kini, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang masih sedang membuat pemantauan di Kg Skim Sindumin setakat pukul 10 pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, sekeluarga keluarga dari kampung itu memilih untuk tinggal di rumah saudara yang terdekat.
“PPS yang diaktifkan adalah Dewan Mesapol,” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menambah terdapat sekurang-kurangnya 19 mangsa yang sedang berteduh di dewan tersebut.





