PUTRAJAYA – Pemuda UMNO berpendapat Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat layak diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan berikutan kredibilitinya diterima rakyat dan parti.
EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dalam satu kenyataan berkat kemenangan besar Tok Mat di Parlimen Rembau ditambah dengan pengamalannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mampu memberi impak positif.
“Saya yakin rakyat dapat menerima Tok Mat (Mohamad Hasan) dan beliau dapat bersama membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Kerajaan Perpaduan menangani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan…
“Cabaran politik kini amat berbeza dan dinamika yang berlaku pada PRU 15 ini cukup luar biasa. Jadi gandingan baik dan mantap ini, pasti dapat mengekalkan kestabilan politik negara untuk beberapa tahun mendatang,” katanya.