Bakar Lelaki Hidup-Hidup, 49 Individu Dihukum Mati

Bakar Lelaki Hidup-Hidup, 49 Individu Dihukum Mati

0
SHARE

ALGERIA – Seramai 49 individu telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tempatan Algeria selepas mereka didapati bersalah membunuh seorang lelaki yang dituduh memulakan kebakaran hutan di negara itu tahun lalu.

Tahun lalu, negara tersebut mengalami kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, dan insiden itu telah menyebabkan 90 orang terbunu.

Djamel Ben Ismail dilaporkan dibunuh selepas dia pergi ke kawasan kebakaran untuk membantu memadamkan api.

Selepas kebakaran tercetus pada Ogos 2021, lelaki berusia 38 tahun itu menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa dia akan melakukan perjalanan sejauh 320 kilome­ter dari rumahnya bagi membantu penduduk memadamkan api di wilayah Kabylie, timur ibu kota Algeria, Algiers. Ia merupakan kawasan yang paling teruk terjejas.

Namun selepas tiba, penduduk tempatan menuduh Djamel yang mencetuskan kebakaran hutan tersebut.

Pada 11 Ogos 2021, rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan mangsa diserang sekumpulan penduduk. Mereka menyeksa dan membakar lelaki itu hidup-hidup.

Video itu mencetuskan kemarahan di seluruh negara dengan bapa mangsa, Noureddine Ben Ismail berkata, dia berasa amat sedih.

“Anak saya pergi ke Kabylie, wilayah yang amat disayangi­nya untuk membantu ‘saudara dan rakan-rakannya’. Namun, mereka membakar dia hidup-hidup,” katanya.

Selain 49 tertuduh, mahkamah sama turut menjatuhi hukuman penjara  ke atas 28 individu lain berkaitan insiden tersebut.