Rumah Perkampungan Atas Air Tanjung Aru Terbakar Pagi Ini

Rumah Perkampungan Atas Air Tanjung Aru Terbakar Pagi Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Rumah di perkampungan atas air Tanjung Aru sekali lagi mengalami kebakaran awal pagi tadi selepas kebakaran yang sama berlaku pada 25 Mei yang lalu.

Setakat pagi ini, anggota bomba bersama-sama dengan penduduk kampung masih berusaha mengawal api dari terus merebak ke kawasan rumah yang lain.

Sumber Foto; Ihsan pengguna laman media sosial Facebook…

Menurut info penduduk kampung punca kebakaran disebabkan masalah kabel elektrik dan turut dilaporkan bekalan elektrik kerap terputus malam tadi sebelum kebakaran pagi ini berlaku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO kebakaran yang dirakam penduduk setempat, api masih marak dan giat dipadamkan oleh pasukan Bomba dan penduduk kampung…

Namun, punca sebenar kebakaran belum dikenal pasti dan usaha difokuskan kepada memadam kebakaran dan mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.

Sumber Foto; Ihsan pengguna laman media sosial Facebook…

Punca dan anggaran kerugian masih belum dapat dikenal pasti dan siasatan akan dilakukan Bahagian Penyiasatan Bomba.