Wanita Maut, Kena Jangkitan Selepas Cabut Gigi

Wanita Maut, Kena Jangkitan Selepas Cabut Gigi

0
SHARE

INDONESIA: Seorang wanita asal Ngawi, Jawa Timur Indonesia dilaporkan meninggal dunia akibat mengalami jangkitan selepas mencabut sebatang gigi gerahamnya dengan mendapat nasihat daripada doktor.

Susulan dari pemergian wanita yang dikenali sebagai Nira Pranita Asih, 31 tahun, suaminya telah meminta doktor tersebut untuk bertanggungjawab ke atas kematian isterinya, lapor Detik.com.

Bagaimanapun, doktor terbabit menolak tuntutan tersebut selepas mendakwa operasi pembedahan mencabut gigi mangsa dilaksanakan mengikut semua prosedur yang ditetapkan. 

Dilaporkan suami mangsa akan terus berjuang untuk mendapat keadilan ke atas kejadian yabg menimpa isterinya. Malah, suami itu juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas doktor terbabit kerana cuai.

“Saya tetap akan mencari keadilan bagi isteri saya. Dia (doktor) perlu tahu bagaimana perasaan saya kehilangan isteri. Jadi saya akan bawa kes ini ke mahkamah,” tegasnya.

Sebelum ini, suami memaklumkan isterinya menjalankan operasi pembedahan mencabut gigi gerahamnya pada 28 Disember tahun lalu.

Kemudian, pembedahan tersebut menyebabkan isterinya menanggung beberapa kesan sampingan seperti mengalami gusi bengkak, keradangan dan keadaan semakin teruk apabila jangkitan melarat ke leher hingg ke paru-paru.

Mangsa seterusnya terpaksa menjalani pembedahan torakotomi di salah sebuah hospital tempatan pada 30 Februari lalu.

Namun, keadaan kesihatan mangsa terus merosot dan terpaksa ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk rawatan lanjut selain terpaksa bergantung dengan ventilator.

Leher mangsa turut ditebuk agar dapar bernafas dengan lancar dan seterusnya pada 27 April lalu, wanita itu kemudian dilaporkan meninggal dunia.