KM HAJIJI DILANTIK CANSELOR UCSF

KM HAJIJI DILANTIK CANSELOR UCSF

0
SHARE
UCSF
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Hajiji Noor menerima watikah pelantikan Canselor UCSF daripada Pengerusi Lembaga Pengelola dan Lembaga Pengarah Kolej Universiti, Datuk Mohd Yaakub Johari dan disaksikan oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris ( Sumber Foto: Ihsan UCSF )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dilantik sebagai Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), baru-baru ini.

Beliau menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Badan Pengelola dan Lembaga Pengarah universiti itu, Datuk Mohd Yaakub Johari dan disaksikan oleh Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.

UCSF
Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar menerima watikah pelantikan sebagai Pro-Canselor UCSF daripada Datuk Mohd Yaakub ( Sumber Foto: Ihsan UCSF )

Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar pula dilantik sebagai Pro-Canselor UCSF.

UCSF adalah kolej universiti kategori IPTS dan milik penuh Yayasan Sabah yang didaftarkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2014.

UCSF menawarkan program pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda untuk rakyat negeri ini.