Lelaki Maut Tertimbus Tanah Selepas Lori Tanker Bawa Simen Terbabas Dalam Gaung

Lelaki Maut Tertimbus Tanah Selepas Lori Tanker Bawa Simen Terbabas Dalam Gaung

0
SHARE

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah Lori Tanker membawa muatan simen terbabas dan jatuh ke gaung sedalam 10 meter di Batu 18, Jalan Sandakan-Lahad Datu pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilang kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.42 pagi. 

Katanya, seramai 20 anggota dari BBP Lahad Datu bersama bantuan dari BBP Kinabatangan seramai lima anggota dan dia anggota PDRM telah dikejarkan ke lokasi kejadian berada sejauh 29 kilometer.

“Mangsa Abd Halim Bolong, 72 tahun dilaporkan tersepit dan tertimbus dalam tanah.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 12 tengah hari tadi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Operasi kemudian ditamatkan pada jam 12.30 tengah hari.