Maritim Malaysia Jalani Bengkel Bersama Jepun, Tingkat Keupayaan Tangani Bot Nelayan Asing

Maritim Malaysia Jalani Bengkel Bersama Jepun, Tingkat Keupayaan Tangani Bot Nelayan Asing

0
SHARE
Maritim
30 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjalani Bengkel Illegal, Unreported dan Unregulated (IUU) Fishing serta United Nation Convention On The Law Of The Sea (UNCLOS) anjuran bersama di antara Maritim Malaysia serta Japan International Cooperation Agency (JICA) - (Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia)

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 30 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menjalani Bengkel Illegal, Unreported dan Unregulated (IUU) Fishing serta United Nation Convention On The Law Of The Sea (UNCLOS) yang berlangsung selama 4 hari anjuran bersama di antara Maritim Malaysia serta Japan International Cooperation Agency (JICA).

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata bengkel yang dijalankan merupakan salah satu inisiatif dari pengisian memorandum persefahaman berkaitan Projek Meningkatkan Kapasiti Pendidikan dan Latihan serta Menggalakkan Kerjasama Antara Negara Jiran yang telah ditandatangani pada 2018 di antara Maritim Malaysia dan JICA.

Bengkel yang dijalankan selama empat hari di Kapal Maritim Arau (KM Arau) bermula pada 9 Januari lalu turut meliputi sesi latihan pengendalian peranti akustik jarak jauh (LRAD) di sekitar perairan Kota Kinabalu.

“Latihan ini dilaksanakan bagi memahirkan pegawai dan anggota mengendalikan peralatan tersebut serta menguji jarak berkesan kepada bot suspek, terutamanya bot-bot yang menceroboh perairan negara.

“Peralatan tersebut berfungsi dengan cara mengeluarkan bunyi yang sangat kuat dan ianya menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa yang disasarkannya.

“Peranti ini bertindak sebagai alat mengusir bagi bot-bot peceroboh yang enggan memberikan kerjasama serta bertindak agresif,” katanya.

Terdahulu, Maritim Malaysia telah menerima 4 LRAD sumbangan daripada kerajaan Jepun semasa Majlis Perasmian Bengkel IUU Fishing dan UNCLOS serta Penerimaan LRAD pada 9 Januari lalu.

Keempat-empat LRAD akan ditempatkan di kapal-kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Maritim Malaysia yang beroperasi di sempadan perairan negara.

Tambah Saiful, dengan adanya inisiatif bersama ini, Maritim Malaysia yakin akan dapat meningkatkan keupayaan dalam menangani isu-isu pencerobohan nelayan asing serta mampu memperkasakan keselamatan perairan negara.