Dr Yusof Dilantik Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Frankie Pengerusi Sabah Development Berhad...

Dr Yusof Dilantik Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, Frankie Pengerusi Sabah Development Berhad Baharu

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama Datuk Dr Yusof Yacob (kedua kiri) dan Datuk Frankie Poon (kanan) selepas penyampaian watikah pelantikan bersama Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai pengerusi negeri cabang pelaburan kerajaan, Qhazanah Sabah Berhad, berkuat kuasa serta-merta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu menerima watikah pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Menara Kinabalu,disini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.

Dalam majlis yang sama, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon selaku pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).

Pelantikan Ketua DAP Sabah itu juga berkuat kuasa serta-merta.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Dr Yusof dan Frankie atas pelantikan itu, Hajiji dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini menyatakan harapan agar mereka dapat melakukan tugas terbabit untuk menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan.