PUTATAN, SABAH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan semalam mengumumkan seramai 10 orang calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan antara 10 kerusi Parlimen yang bakal ditandingi pihaknya membabitkan Putatan, Pensiangan, Tawau, Kudat, Kota Belud, Sepanggar, Beaufort, Ranau, Semporna dan juga Kalabakan.
Awang Husaini Sahari dan Christina Liew masing-masing bakal mempertahankan kerusi yang disandang mereka sebelum ini iaitu Putatan dan Tawau.
Manakala baki lapan calon iaitu Sangkar Rasam (Pensiangan); Thonny Chee (Kudat); Madely Modily Bangali (Kota Belud); Mustapha Sakmud (Sepanggar); Dikin Musah (Beaufort); Apirin Jahalan Taufik Sham (Ranau); Arastam Pandorog (Semporna) dan Noraini Abd Ghapur (Kalabakan) merupakan calon wajah baharu.
Anwar mengumumkan senarai calon itu didalam majlis pengumuman calon PKR yang diadakan bertempat di Hotel Pan Borneo, di sini.