JBPM Sabah, Kerajaan Negeri Perkukuh Kerjasama Keselamatan dan Kesiapsiagaan Bencana

JBPM Sabah, Kerajaan Negeri Perkukuh Kerjasama Keselamatan dan Kesiapsiagaan Bencana

0
SHARE

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek keselamatan, pencegahan kebakaran serta kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan bencana di negeri ini.

Komitmen itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat Pengarah JBPM Negeri Sabah, PKPjB Pisar Aziz kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung pada jam 4 petang itu antara lain membincangkan usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi pelbagai bentuk kecemasan dan bencana, selain memperkukuh keupayaan operasi penyelamatan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.

Kunjungan berkenaan turut menjadi platform bagi memperkenalkan barisan kepimpinan JBPM Negeri Sabah serta bertukar pandangan mengenai pengurusan keselamatan, kebombaan dan penyelamatan.

Pada masa sama, kedua-dua pihak menekankan kepentingan hubungan dan koordinasi berterusan antara JBPM dengan Kerajaan Negeri bagi memastikan tindakan menghadapi sebarang kecemasan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Kerjasama strategik itu juga penting dalam mempertingkat aspek pencegahan dan kesiapsiagaan kebakaran serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di seluruh Sabah terus menjadi keutamaan.