Penerima Pertama Buah Pinggang Babi Meninggal Dunia

Penerima Pertama Buah Pinggang Babi Meninggal Dunia

0
SHARE

WASHINGTON: Pesakit pertama penerima buah pinggang babi dilaporkan meninggal dunia selepas hampir dua bulan pembedahan bersejarah itu berjaya dilakukan.

Richard Slayman, 62 tahun menerima ginjal babi itu pada Mac lalu, dan semalam pada keluarganya telah mengumumkan berita pemergian sedih itu, lapor berita Washington Examiner. 

Sementara itu, Hospital Besar Massachustess yang menjalankan pembedahan tersebut dalam satu kenyataan berkata, tiada indikasi menunjukkan Slayman meninggal dunia akibat kompilasi pembedahan tersebut.

“Slayman akan sentiasa diingati sebagai tunjang harapan ramai pesakit yang memerlukan prosedur pemindahan ginjal di seluruh dunia.

“Kami berbangga dengan kepercayaan dan kesanggupan mendiang untuk terlibat dalam menambah baik bidang xenotransplantasi,” kata pengurusan hospital tersebut dalam satu kenyataan kepada laman berita ABC News.

Ginjal babi yang diterima Slayman telah diubah suai menggunakan teknologi CRISPR-Cas9.

Pasukan saintis telaj menambahkan gen utama manusia dan mengeluarkan sebahagian gen babi yang berbahaya untuk menjadikan buah pinggang tersebut serasi dengan badan Slayman.

Ia adalah kali pertama buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik dan berjaya dimasukkan ke dalam badan pesakit yang masih hidup.

Sebelum ini, buah pinggang babi pernah dipindahkan kepada penderma yang mati otak.