342 Pelajar Tingkatan Enam Di Pensiangan Terima PerantiSiswa Keluarga Malaysia

342 Pelajar Tingkatan Enam Di Pensiangan Terima PerantiSiswa Keluarga Malaysia

0
SHARE
Ahli Parlimen Pensiangan merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup menyerahkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar...(Sumber Foto: Ihsan Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya)

KENINGAU, SABAH – Seramai 342 pelajar tingkatan enam di Parlimen Pensiangan telah menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia membabitkan tiga buah sekolah menengah.

Ahli Parlimen Pensiangan merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata tiga sekolah terbabit melibatkan SMK Keningau sebanyak 103 unit, 125 unit di SMK Nabawan dan SMK Sook sebanyak 114 unit.

Menurutnya, inisiatif Kerajaan Keluarga Malaysia ini diharapkan akan dapat meringkankan beban keperluan pendidikan khususnya bagi para pelajar tingkatan enam.

“Ini seterusnya menjadi pembakar semangat untuk para pelajar tersebut melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau menyifatkan bantuan PerantiSiswa ini mencerminkan keprihatinan kerajaan Keluarga Malaysia untuk membantu dan memastikan faktor kewangan seperti keperluan untuk membeli peranti tidak akan menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas sesi Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bertempat di sini, malam tadi.

Ahli Parlimen Pensiangan merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup menyerahkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar…(Sumber Foto: Ihsan Pejabat Timbalan Menteri Kerja Raya)

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan Keluarga Malaysia meletakkan ketersambungan telekomunikasi sebagai salah satu keutamaan pihaknya.

Menurutnya ini, ia khususnya di kawasan pedalaman dan ini telah dibuktikan dengan pembinaan baharu 46 menara dan menaik taraf 44 menara telekomunikasi di Parlimen Pensiangan sahaja.

“Dengan adanya capaian internet dan program PerantiSiswa ini, ianya akan membantu memudahkan lagi sistem pembelajaran secara atas talian para pelajar di samping membolehkan para belia mengikuti perkembangan semasa dengan lebih mudah,” katanya.