12 Penagih Di Penampang, Putatan Ditahan Dalam Op Tapis

12 Penagih Di Penampang, Putatan Ditahan Dalam Op Tapis

0
SHARE
Ipd
Antara suspek dadah yang ditahan ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Penampang berjaya menahan 12 individu lelaki berumur 20 sehingga 59 tahun di atas pelbagai kesalahan melibatkan Akta Dadah Berbahaya dalam Op Tapis yang berlangsung selama tiga hari berakir Rabu lalu (31 Jan).

Ketua Polis Daerah Penampang, Supt Sammy Newton berkata operasi tersebut menyasar tiga lokasi berbeza di sekitar daerah Putatan dan Penampang.

Katanya, seramai 15 individu telah diperiksa manakala keseluruhan rampasan dadah jenis syabu seberat 5.45 gram bernilai RM1,100 dibuat.

“Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Penampang untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1), 12(3) dan 15 (1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952,” katanya dalam sebuah kenyataan.