Guru Tadika Maut Dipercayai Terjun Dari Bangunan

Guru Tadika Maut Dipercayai Terjun Dari Bangunan

0
SHARE
Lokasi kejadian di Lintas Square, Luyang pagi tadi. - Sumber gambar Facebook Info Lalu Lintas Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang guru tadika ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat kawsan parkir berhampiran Lintas View Hotel di Luyang sini.

Salah seorang pekerja hotel berkenaan telah menemui mangsa wanita berketurunan Cina, 52 tahun, pada kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) mengesahkan kematian mangsa 30 minit selepas itu.

“Mangsa telah dibawa ke Unit Forensik HQE bagi tujuan bedah siasat sebaik menjalani ujian COVID-19…

Kereta mangsa – Sumber gambar Facebook Info Lalu Lintas Sabah…

“Siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati mangsa menggunakan kereta Perodua Bezza berwarna putih yang diletak di tingkat empat bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Beliau mendedahkan tiket parkir turut ditemui dalam kenderaan terbabit yang menunjukkan waktu dicetak pada pukul 7.10 pagi.

“Tiada sebarang senjata atau elemen jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa ditemukan di lokasi kejadian, namun siasatan diteruskan,”katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejur (SDR).