Polis Tahan Lelaki Disyaki Cederakan Tiga Orang Dalam Pergaduhan Di Putatan

Polis Tahan Lelaki Disyaki Cederakan Tiga Orang Dalam Pergaduhan Di Putatan

0
SHARE
Kredit Foto: POLIS Daerah Penampang

PENAMPANG – Polis Daerah Penampang telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga menyebabkan tiga (3) orang lelaki berumur antara 35 hingga 40 tahun mengalami kecederaan akibat penggunaan objek tajam dalam kejadian di Putatan, Sabah.

Pada 18 ogos 2026, kira-kira jam 9.30 malam, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku ketika sekumpulan individu sedang berkumpul dan bermain permainan karom di luar sebuah rumah di lokasi berkenaan.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila suspek yang juga merupakan jiran mangsa melalui kawasan tersebut dengan menunggang motosikal dan menghasilkan bunyi enjin yang kuat. Tindakan teguran oleh salah seorang mangsa telah mencetuskan pertengkaran sebelum keadaan bertukar menjadi pergaduhan.

Dalam kejadian tersebut, tiga (3) orang mangsa telah mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di hospital queen elizabeth, kota kinabalu. kesemua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Susulan kejadian, pada 18 ogos 2026 kira-kira jam 10.00 malam, sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah ipd penampang bersama balai polis putatan telah berjaya menahan suspek di kawasan kampung di Putatan.

Suspek merupakan lelaki tempatan berusia 37 tahun. siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku secara spontan akibat salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas ditegur berhubung bunyi motosikal, dan tiada rekod perselisihan atau dendam terdahulu antara suspek dan mangsa.

Dengan penahanan suspek utama, pihak polis berjaya melengkapkan tindakan awal bagi menyelesaikan kes ini. siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan.

Kes disiasat di bawah seksyen 326 kanun keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan serta nasihat lanjut.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak meyebarkan maklumat tidak sahih atau memuatnaik sebarang imej atau video kejadian di mana-mana platform media sosial yang boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran masyarakat.