OKU Rentung, Tiga Melecur Dalam Kebakaran Kampung Kalansanan Inanam

OKU Rentung, Tiga Melecur Dalam Kebakaran Kampung Kalansanan Inanam

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang wanita lumpuh berusia 50an ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Kalansanan di Inanam pada kira-kira jam 11 malam semalam.

Seorang perempuan 16 tahun, dua orang lelaki 20 dan 22 tahun turut dilaporkan melecur manakala seorang wanita berusia 23 tahun pengsan dalam insiden tersebut yang memusnahkan 12 buah rumah.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, seramai 43 pegawai dan anggota Bomba dari tiga balai daerah digerakkan ke lokasi.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan tiga aliran 400 kaki lima pancutan sumber air dari pili bomba dan jentera.

“Operasi terkawal pada jam 1.16 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.50 pagi,” kata seorang jurucakap agensi dalam sebuah kenyataan hari ini.