6 Pelancong Asing Berjaya Diselamatkan Dalam Kebakaran Bilik Penginapan

6 Pelancong Asing Berjaya Diselamatkan Dalam Kebakaran Bilik Penginapan

0
SHARE
Sumber: Foto Ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Enam pelancong asing berjaya diselamat oleh pasukan bomba selepas terperangkap dalam bangunan akibat berlaku kebakaran pada sebuah bilik penginapan ‘backpaker’ di H2 Worldpackers The Social Hotel, Kampung Air di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, semua mangsa yang berasal dari negara Switzerland, Slovakia, Russia, Amerika Syarikat, Jepun dan Perancis terperangkap di balkoni luar tingkat tiga bangunaan terbabit. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 8.49 pagi tadi.

“Dilaporkan kebakaran melibatkan sebuah bilik jenis kekal di tingkat tiga berkeluasan 10×10 kaki terbakar 100 peratus, manakala lima buah bilik lagi terjejas akibat terkena bahangan.

 

“Terdapat enam orang mangsa di balkoni luar bangunan tingkat tiga berjaya diturunkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan bomba, iaitu tangga Lacon Ladder,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, kesemua mangsa yang berusia antara 22 tahun hingga 28 tahun berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Operasi pemadaman dilakukan dengan satu aliran 300 kaki satu pancutan dan sumber air dari jentera.

Operasi terkawal pada jam 9.10 pagi dan kemudian ditamatkan pada jam 10.11 pagi.