TAN SRI DATUK AMAR DR. JAMES JEMUT MASING MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

TAN SRI DATUK AMAR DR. JAMES JEMUT MASING MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masin dilaporkan meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre.

Pada 28 September lalu, beliau telah menerima rawatan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) setelah disahkan positif jangkitan COVID-19.

Terdahulu pada 31 Mei, mendiang turut kehilangan adik lelakinya iaitu Jantai Masing, 68, yang meninggal dunia akibat jangkitan virus berkenaan sehari sebelum sambutan Hari Gawai.

Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan Baleh, Sarawak.