Konsert Solo Terbesar 40 Tahun Awie, Rock King – Last Man Standing

Konsert Solo Terbesar 40 Tahun Awie, Rock King – Last Man Standing

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Legenda rock tanah air, Dato’ Awie bakal mengadakan konsert mega “AWIE ROCK KING – LAST MAN STANDING 2026” di Stadium Merdeka pada 12 September ini, bermula jam 8.30 malam.

Anjuran Bombbay Legend Worldwide dan Ultimate Media, konsert solo ini menghimpunkan perjalanan lebih empat dekad kerjaya Awie, lengkap dengan elemen muzik, naratif dan produksi berskala besar.

Penganjur, Zamberi Shaari (Bombay) berkata kolaborasi mereka sudah terjalin hampir 40 tahun sejak era Wings hingga kerjaya solo Awie. Tema “Last Man Standing” melambangkan keteguhan Awie menghadapi jatuh bangun industri, manakala “Rock King” mencerminkan sumbangannya dalam muzik rock tempatan.

Awie menyifatkan konsert ini sebagai penghargaan terhadap perjalanan seninya, selain dedikasi kepada peminat yang setia sejak awal kerjaya hingga kini.

Konsert ini akan menampilkan konsep penceritaan evolusi karier Awie, disertai pemuzik berpengalaman dan artis jemputan pelbagai generasi yang membawakan lagu ikonik beliau dalam susunan baharu.

Menurut penganjur, matlamat utama adalah menghasilkan konsert bertaraf tinggi dan berimpak, selain menjadi penanda aras baharu dalam penganjuran konsert tempatan.

Harga tiket bermula RM98 hingga RM5,998 dan boleh didapati melalui platform iLasso Tickets.