KOTA KINABALU, SABAH – Pengusaha kecantikan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu ini digesa mengamalkan prosedur standard operasi (SOP) ketat bagi menyakinkan pelanggan tentang langkah keselamatan yang diambil.
ADUN dilantik Datuk Amisah Yassin menyeru pengusaha pusat kecantikkan mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dengan memakai penutup muka plastik, pelitup muka, sarung tangan dan apron plastik.
“Mereka (pengusaha) perlu mematuhi sepenuhnya prosedur yang digariskan kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga selain memberi keyakinan kepada pelanggan,” kata beliau.
Menurutnya lagi, pelanggan yang hadir juga turut melihat dan bertanya apakah langkah keselamatan yang diambil sebelum bersetuju menggunakan perkhidmatan kami
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pusat Kecantikan WIN BEAUTY CENTRE di Asia City kelmarin.
Amisah juga meminta pusat tersebut untuk memastikan premis perniagaan masing-masing dilengkapi Kod QR, termometer serta pensanitasi tangan
Pusat tersebut merupakan usahawan wanita Winnih Kimin, seorang usahawan dan kontraktor berasal dari Ranau.
Beliau memulakan lagi satu produk perniagaan berupakan dalam bidang kecantikan di tengah tengah Bandaraya Kota Kinabalu.
Acara pelancaran rasminya telah dibuat bersama oleh Datuk Amisah Yassin dan hadir sama Founder dan Presiden Penta Harvest International Lim Ed Win dan disaksi bersama oleh Gary Goh dan Chris Soh, Co-Founder dan Vice President Penta Harvest





