PEMULIH: BPR Tambahan Sebanyak RM500 Disalurkan Secara Berperingkat Mulai Esok, BPR Fasa...

PEMULIH: BPR Tambahan Sebanyak RM500 Disalurkan Secara Berperingkat Mulai Esok, BPR Fasa Ketiga Dibayar Bulan September

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Bantuan tunai secara langsung akan disalurkan kepada rakyat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini, demikian menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Bantuan tersebut merangkumi bayaran tambahan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sehingga RM500 pada bulan depan (Julai) seperti mana yang telah diperuntukkan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan dan ia akan disalurkan secara berperingkat mulai esok (29 Jun).

“BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 pula akan dibayar pada September, termasuk membabitkan kes lulus rayuan…

“Secara keseluruhan, nilai BPR sehingga hujung tahun ialah RM4.9 bilion,” katanya lagi.