PM Umum PEMULIH Untuk Bantu Rakyat, Pencari Kerja Bakal Terima Elaun RM300

PM Umum PEMULIH Untuk Bantu Rakyat, Pencari Kerja Bakal Terima Elaun RM300

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada Isnin (28 Jun)...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion yang mana bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam berdepan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Beliau memkalumkan bahawa PEMULIH menumpukan kepada TIGA (3) fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

“Walaupun dalam ruang fiskal yang amat terhad, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan terus komited dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat. Saya juga tidak akan berkompromi dalam soal memelihara kebajikan rakyat dan memerangi COVID-19,” katanya dalam satu sidang Pengumuman Khas yang disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen tempatan, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, beliau memberi khabar gembira buat pencari kerja termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang mana mereka akan menerima elaun RM300 melalui Elaun Mencari Pekerjaan.

“Elaun Mencari Pekerjaan akan diluaskan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal itu…

“Mereka bolehlah mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang-kurangnya RM300,” jelas beliau.