PRESBAH Sambut Baik Keputusan Kerajaan Negeri Beri Kelonggaran Beberapa Aktiviti Sosial, Ekonomi

PRESBAH Sambut Baik Keputusan Kerajaan Negeri Beri Kelonggaran Beberapa Aktiviti Sosial, Ekonomi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (PRESBAH) menyambut baik langkah keputusan kerajaan negeri melonggarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi di sabah dalam masa yang sama masih mengekalkan Standard Operasi Prosedur (SOP) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 terus dilaksanakan.

Presidennya Haji Yahya Haji Ahmad berkata, langkah kerajaan ini wajar dan membawa ‘gambaran prihatin bijak’ berdasarkan dari semua penilaian teliti akan maklumat senario semasa serta pencerapan dari semua data kes termasuk kesusahan rakyat kita sendiri di sabah dalam berhadapan PKP.

“Meskipun perincian terbaharu SOP ini belum dikeluarkan, pada saya dalam kerisauan kes positif COVD-19 harian kita sentiasa aktif namun gambaran umum langkah kerajaan ini sudah tentu boleh dikatakan melegakan ramai hati rakyat sabah…

“Walau bagaimanapun sebagai rakyat tugas utama kita jangan diabaikan satu perkara, dalam berkelonggaran memastikan semua SOP sentiasa terjaga dikawal,” katanya.

Beliau turut berharap agar Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor terus tabah, cekal, cekap dan fokus menumpu usaha pengurusan berwibawa dalam menghadapi semua krisis, semua cabaran, semua halangan kepada matlamat bergerak keluar ke fasa-fasa pemulihan, memperkasa daya tahan dan daya saing bersama pelan-pelan pemulihan dan bantuan prihatin, menggerakkan gerbang ekonomi dan tumpuan kesejahteraan rakyat terus terbela menuju kelapangan maskipun pandemik COVID-19 ini menghantui persekitaran hidup rakyat kini dan akan datang.

Tambahnya, rakyat mengharapkan kepada semua cabang pengurusan dari peringkat Menteri, Wakil rakyat, para pegawai Kerajaan dan pemimpin masyarakat yang menjadi mata dan telinga kerajaan, ‘frontliner’ pengurusan kerajaan harus berjaya melunaskan semua tanggungjawab serta amanah daripada pihak kerajaan kepada rakyat.

“Untuk kejayaan yang diimpikan, kita mengajak rakyat terus bersatu mengawal menapis semua bentuk cerapan gangguan dan hasutan ketidakstabilan dari golongan yang tidak sabar, lemah moral integriti, suka berhasad dan kurang menjaga sikap adab beragama,” tegas beliau.

Pada masa yang sama, Yahya mengingatkan masyarakat agar sebarang bentuk fitnah jahat serta elemen provokasi politik yang merugikan rakyat harus disekat dan dihindari.

“Matlamat kita jangan sesakali diganggu budaya suka berbalah dan galak berpolitik apalagi mendorong berbencian, suka menyebar prasangka jahat,” jelas beliau.