KOTA KINABALU, SABAH – Kumulatif kes harian COVID-19 di Sabah terus menurunan dengan catatan 784 KES bagi hari ini.
Ia merupakan penurunan sebanyak 88 kes berbanding semalam, kata Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi manjun.
Menurutnya, jumlah kes keputusan saringan yang tertunggak juga terus berkurangan.
“Hari ini cuma lima (5) kes yang lewat daftar melebihi lima (5) hari, 13 kes lewat antara 4-5 hari dan 257 kes lewat daftar antara 2-3 hari selepas saringan keputusan diketahui,” kata beliau.
Pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5 yang memerlukan rawatan di hospital juga kekal rendah pada satu digit.
“Hari ini Kategori 3, dua (2) orang, Kategori 4, tiga (3) orang dan Kategori 5, cuma seorang…
“Pesakit Kategori 1 pula, 179 orang, Kategori 2, 544 orang, sementara 55 kes lagi masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa daripada 784 kes hari ini, 483 orang merupakan pesakit kontak rapat, 216 daripada kategori bergejala dan 12 orang daripada Kluster sedia ada.
Masidi berkata sebanyak 73 kes lagi diperolehi melalui saringan-saringan lain.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (02 Okt) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 79 (107)
Ranau – 77 (42)
Keningau – 60 (62)
Lahad Datu – 59 (83)
Sandakan – 46 (54)
Tenom – 46 (45)
Tawau – 44(40)
Tuaran – 43 (33)
Kota Marudu – 39 (43)
Kota Belud – 38 (43)
Penampang – 33 (47)
Pitas – 27 (31)
Beluran – 25 (19)
Papar – 22 (34)
Putatan – 19 (17)
Nabawan – 17 (19)
Telupid – 15 (14)
Kinabatangan – 15 (17)
Kunak – 15 (3)
Kudat – 14 (29)
Beaufort – 13 (18)
Semporna – 10 (11)
Sipitang – 10 (21)
Tongod – 8 (24)
Tambunan – 7 (7)
Kuala Penyu – 3 (4)
Kalabakan – 0 (5)