
KENINGAU, SABAH – Setelah “bercuti” dari politik selama setahun, Datuk Jake Jikulin Nointin membawa seramai 2,519 orang untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di kawasan Parlimen P.180 sini kelmarin.
Katanya langkah tersebut adalah atas integriti dan bukti keprihatinan Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup kepada rakyat sabah khususnya di kawasan pedalaman dengan membawa pembaganunan.
“Arthur membuat kami merasa selesa secara dalam PBRS secara serta merta…
“Dengan itu kami berharap dapat menyumbang sedikit sebanyak membantunya memperkasakan perjuangan PBRS di kawasan pedalaman,” katanya.
Dalam pada itu, Arthur, mengalukan gerakan aktif tersebut sambil berkata akan berpegang kepada prinsip perjuangan parti selama ini iaitu mengutamakan kecemerlangan dan hak rakyat Sabah.
Beliau turut mengalukan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini.
Arthur berkata tumupuan khas kepada Sabah dan Sarawak menunjukkan komitmen kerajaan memberi tumpuan besar kepada rakyat Sabah.
”Saya selaku Timbalan Presiden PBRS yang merupakan parti komponen Barisan Nasional akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pembangunan agenda yang akan dilaksakan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Apabila ditanya jika PBRS akan bertanding untuk kerusi Parlimen P.180 Keningau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun hadapan, beliau berkata itu semua bergantung kepada keputusan kepimpinan pusat.
“Ianya semua berdasarkan perkembangan terkini pemimpin-pemimpin, dan parti-parti komponen yang membentuk kerajaan sekarang…
“Tapi pada prinsipnya, Barisan Nasional telah menyatakan bahawa semua kuota kerusi yang ditadingi dahulu akan ditandingi semula.
“Kita masih berpegang kepada prinsip itu. Parti lain pun sedang menggerak membuat tuntutan terhadap kerusi yang ada dan begitu juga dengan kita (PBRS),” katanya.