Lelaki Kanibal Dari Jepun Terlepas Hukuman Penjara

Lelaki Kanibal Dari Jepun Terlepas Hukuman Penjara

0
SHARE

TOKYO, JEPUN – Seorang lelaki Jepun yang pernah membunuh dan memakan rakannya sendiri terlepas daripada menjalani hukuman penjara.

Menurut laporang Mirror UK, lelaki kanibal yang dikenali Isse Sagawa itu mendakwa dirinya mula berkhayal tentang memakan daging manusia sejak dia berusia enam tahun. Tambahnya, cerita kegemaran beliau pada zaman kanak-kanak adalah Hansel dan Gretel.

Segawa yang dilahirkan pada 1949 juga menceritakan bahawa beliau pernah memandang peha rakan sekelasnya semasa sekolah rendah dan berfantasi untuk memakannya.

Ketika beliau meningkat dewasa, pada umur 23 tahun fantasinya semakin kuat sehingga beliau mula berkhayal tentang memakan daging wanita terutamanya pelakon Barat, Grace Kelly.

Ini mendorong beliau untuk menceroboh sebuah apartmen milik seorang wanita muda Jerman di Tokyo dengan memakai topeng raksasa Frankenstein.

Bagaimanapun niatnya itu terhenti apabila wanita tersebut sedar dan bertindak menyerangnya dan mengalahkan Segawa yang hanya mempunyai ketinggian 144.78 sentimeter…  

Namun, tuduhan terhadap beliau digugurkan selepas bapa Sagawa yang kaya menyogok wanita itu dengan wang.

Pada 1977 pula, Sagawa yang ketika itu berusia 28 tahun, berkawan dengan rakan sekelas dari Belanda, iaitu Renee Hartevelt yang kerap ke rumahnya untuk mengajar bahasa Jerman. Pada ketika itu beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa dan sastera di Universiti Sorbonne.

Ketika ke rumah Sagawa untuk makan malam pada Jun 1981, Renee ditembak di leher oleh lelaki itu sebelum mayat mangsa diperkosa dan daging daripada tubuhnya dimakan.

Selama dua hari beliau memakan bahagian payudara, betis bibir dan peha wanita itu sebelum membuang lebihan mayatnya di dalam bagasi di Taman Bois de Boulogne…

Bagaimanapun, dua orang yang melalui kawasan itu terkejut melihat darah menitik daripada bagasi-bagasi tersebut bertindak melaporkannya kepada polis.

Ahkirnya Sagawa ditangkap dan ditahan di Perancis selama dua tahun untuk diperiksa oleh ahli-ahli psikologi.

Bapa Sagawa sekali lagi mengupah seorang peguam untuk mengisytiharkan dia gila secara rasmi dan dan tidak layak untuk dibicarakan.

Setelah kembali ke Jepun, Sagawa kemudian menjadi selebriti dan membintangi sebuah filem lucah pada 1992 di mana dia berlakon memakan seorang wanita. Kini, Sagawa berusia 72 tahun dan tinggal dengan menggunakan nama baharu di Tokyo. Dia dijaga oleh seorang adik lelaki selepas strok pada 2013