Warga Emas Hilang Ditemui Selamat

Warga Emas Hilang Ditemui Selamat

0
SHARE
Warga emas yang hilang selamat ditemui. - Foto Ihsan Bomba Sabah...

KOTA MARUDU, SABAH – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar ke kebun di Kg Mangkaluah sini pada Rabu, ditemui selamat tengah hari kelmarin.

Lelaki berusia 80 tahun, Tungang Ingong, dijumpai oleh orang kampung di Kg Bambangan pada kira-kira pada pukul 12 tengah hari…

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata Tungang berada dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang kecederaan ketika ditemui pasukan.

“Mangsa telah diserahkan kepada ahli keluarga dan operasi mencari seterusnya ditamatkan,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Terdahulu, keluarga mangsa melaporkan beliau sebagai hilang setelah belum lagi pulang ke rumah pada pukul 4.30 petang.