Harga Runcit Petrol Kembali Naik

Harga Runcit Petrol Kembali Naik

0
SHARE

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik tiga sen seliter manakala diesel naik lima sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tiga sen kepada RM2.19 seliter, RON97 naik tiga sen kepada RM2.49 seliter dan diesel naik lima sen kepada RM2.17 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 5 hingga 11 Oktober  ini.