KUALA LUMPUR – Pengusaha hotel, hartanah dan komoditi, Tan Sri Robert Kuok, kekal individu terkaya di Malaysia menurut senarai Forbes tahun ini dengan ukuran kekayaan sebanyak RM48 bilion.
Pengasas Kuok Group itu memiliki rangkaian Shangri-La Hotels and Resorts yang terkenal di peringkat antarabangsa di Singapura pada tahun 1971.
Anak saudaranya Kuok Khoon Hong mengendalikan Wilmar International, di mana Kuok mempunyai kepentingan berharga.
Anak bongsu Robert, Kuok Khoon Hua, ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan naib pengerusi syarikat hartanah Hong Kong Kerry Properties.
Namun demikian, Forbes melaporkan jumlah kekayaan menurut senarai 50 orang terkaya Malaysia 2022, jatuh 10 peratus berbanding setahun lalu kepada AS$80.5 bilion (RM353 bilion).
Secara keseluruhan, 30 orang dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka merosot.
Didorong sebahagiannya oleh pemulihan dalam permintaan dalam negeri, ekonomi Malaysia telah berkembang lima (5) peratus pada suku pertama 2022 dan berjaya melalui pandemik serta kesan banjir kilat pada bulan Disember 2021.
Walaupun pasaran saham merosot sedikit dalam tempoh 12 bulan yang lalu,turun naik mata wang menyaksikan ringgit jatuh pada kadar 6 peratus.
Kekayaan Robert Kuok juga merosot kepada daripada RM53 bilion tahun lepas.
Pengerusi Syarikat Hong Leong Malaysia, Quek Leng Chan, meraih keuntungan terbesar dari segi dolar dan mengukuhkan kedudukannya sebagai orang kedua terkaya di Malaysia dengan $10.1 bilion (RM44.3 bilion).
Quek telah menambah RM2.1 bilion juta kepada nilai bersihnya iaitu sebanyak RM42 bilion tahun lepas.
Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang mengawal kilang aluminium gergasi Press Metal, kekal di kedudukan ketiga dengan RM27.2 bilion yang hampir tidak berubah berbanding setahun lalu.
Melengkapkan senarai LIMA (5) teratas ialah pengasas dan pengerusi Public Bank, Teh Hong Piow (No. 4, RM25 bilion) dan Ananda Krishnan (No. 5, RM21.9 bilion), yang pegangannya termasuk syarikat telekomunikasi Maxis dan penyedia perkhidmatan medan minyak Bumi Armada.






