SANDAKAN, SABAH – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Markas 5 Briged (Mk 5 Bgd) menyalurkan makanan dan barangan keperluan harian kepada lebih 50 keluarga di Pulau Berhala di sini.
BAKAT adalah sebuah badan khidmat kebajikan kepada keluarga Angkatan Tentera bagi mengagihkan bantuan kepada penduduk Pulau Berhala yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Ini merupakan kerjasama ulung antara Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) dan Mk 5 Bgd.
Menurut Pengerusi BAKAT, Puan Sabrina Mohamed, COVID-19 telah banyak memberi kesan terhadap ekonomi rakyat Malaysia termasuklah di Sabah.

“Hal ini telah mendapat perhatian untuk sama-sama menyalurkan bantuan khidmat masyarakat kepada penduduk di Pulau Berhala…
“Justeru itu, program ini memberikan fokus terhadap keluarga yang benar-benar terjejas di penempatan ini,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.
Beliau berkata BAKAT 5 Bgd turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mk ATB 2 khasnya Detasmen Bot Sandakan atas bantuan pengangkutan dan tenaga kerja yang telah diberikan bagi membantu melancarkan pengagihan bantuan tersebut.
Program itu turut mendapat kerjasama penuh dan pujian daripada Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad.

Menurut beliau, aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua markas dan penduduk setempat serta secara tidak langsung.
“Ianya juga merupakan salah satu usaha dalam menyokong misi bantuan kemanusiaan selaras dengan konsep Military Operation Other Then War (MOOTW) di masa aman,” katanya.





