LIMA PELAJAR SABAH TERIMA BKNS KE LUAR NEGARA

LIMA PELAJAR SABAH TERIMA BKNS KE LUAR NEGARA

0
SHARE
Hajiji
Hajiji bergambar bersama pelajar Sabah dan wakil mereka selepas menerima tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 di pejabatnya di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 kepada lima orang pelajar Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Rabu.

Lima pelajar itu ialah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan-University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia University of Manchester, United Kingdom (UK), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer,- Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar- Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).

BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin Aman dan Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar.

Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.