KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian di Sabah kembali meningkat dengan 436 KES jangkitan baharu hari ini, iaitu pertambahan 48 kes berbanding semalam.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu kembali mencatatkan kes tiga angka dengan 123 kes (+32).
“Daerah Tuaran juga mencatatkan peningkatan sebanyak 13 kes (41)…
“Sebanyak 10 daerah mencatatkan kes dua angka, antaranya Penampang 47 kes (-3), Papar 44 kes (+21), Sandakan 27 kes (+21) dan Putatan 23 kes (+10).
“Jumlah daerah yang mencatatkan kes satu angka bertambah kepada 15 daerah hari ini, manakala Kalabakan menjadi daerah tunggal yang tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian.
Beliau menekanankan bahawa risiko jangkitan kekal tinggi dengan korelasi peratusan jangkitan sporadik.
Menurutnya, peratusan kes baharu yang berpunca daripada jangkitan sporadik hari ini sebanyak 66 peratus (66%) daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan.
Dalam pada itu, tiga (3) kes hari ini berada dalam Kategori 3 dan enam (6) lagi dalam Kategori 4.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 123 (91)
Penampang – 47 (50)
Papar – 44 (23)
Tuaran – 41 (28)
Sandakan – 27 (6)
Putatan – 23 (13)
Kota Belud – 17 (13)
Tambunan – 14 (8)
Kota Marudu – 14 (13)
Tawau – 14 (13)
Beaufort – 13 (14)
Keningau – 9 (26)
Kuala Penyu – 8 (7)
Sipitang – 7 (11)
Lahad Datu – 6 (9)
Kudat – 6 (10)
Ranau – 4 (19)
Nabawan – 4 (2)
Pitas – 4 (11)
Telupid – 2 (2)
Kinabatangan – 2 (5)
Tenom – 2 (8)
Tongod – 2 (1)
Semporna – 1 (0)
Beluran – 1 (3)
Kunak – 1 (1)
Kalabakan – 0 (1)