Nekad Berjimat 90% Gaji Bulanan, Wanita Berusia 32 Tahun Berjaya Beli 2...

Nekad Berjimat 90% Gaji Bulanan, Wanita Berusia 32 Tahun Berjaya Beli 2 Buah Rumah

0
SHARE

NANJING, CHINA – Seorang wanita berusia 32 tahun di wilayah Nanjing sini berjaya memiliki DUA (2) buah rumah sendiri hasil daripada simpanan gaji bulanannya.

Memetik laporan Oddity Central, Wang Shenai nekad berjimat dengan menyimpan kira-kira 90 peratus (90%) daripada gaji bulanannya selama sembilan tahun untuk membeli rumah.

Perkara tersebut tular selepas Wang berkongsikan tips cara berjimat yang diamalkan kini dan kisah jatuh bangun sepanjang hidupnya menerusi sebuah program bual bicara ‘Talking To Strangers’ baru-baru ini.

Dilaporkan juga, Wang dan suaminya berjaya membeli dua buah rumah setelah berhempas-pulas menabung sebanyak 90 peratus (90%) daripada gaji bulanan secara konsisten sejak sembilan tahun lalu.

Di sebalik kesempitan itu, mereka juga turut membesarkan dua orang anak, selain masih mampu menampung perbelanjaan keluarga dan rumah secara jimat.

Difahamkan, Wang juga tidak pernah berasa ‘malu’ untuk menggunakan pelbagai barangan rumah jenis terpakai termasuklah perabot-perabot lama, selagi mana ia boleh menjimatkan duit.

Selain itu, Wang hanya membelanjakan sebanyak RM65 sahaja setahun untuk membeli pakaian dalam, manakala pakaian harian lain pula menggunakan pakaian lama (yang tidak digunakan lagi) yang diberikan kawan-kawannya.

Wang berkata banyak pakaiannya adalah daripada rakannya…(Sumber Foto: QQ)

Malah jika keluar bersama kawan-kawan, Wang dikatakan sanggup ikat perut tidak akan berbelanja hatta membeli air dan ‘jajan’ sekalipun kerana padanya ia mahal dan membazir.

Ketika berkongsi mengenai tips jimat tersebut, Wang menerima pelbagai kritikan antaranya dia dianggap sebagai orang yang kedekut dan mengalami masalah mental kerana terlalu berjimat.

Bagaimanapun Wang menolak segala tanggapan tersebut, sebaliknya dia berasa caranya itu tidak perlu diikuti oleh orang lain kerana setiap orang mempunyai kaedah sendiri untuk berjimat.

Mengimbas kembali, ketika dahula dia membesar dalam keluarga yang miskin dan ibu ayahnya sentiasa cuba menyimpan duit sebanyak mana yang mampu, dipercayai untuk berjimat-cermat.

Ibunya selalu menyimpan duit di tempat tertentu seperti di dalam peti sejuk. Malah setiap kali dia memberi baki duit yang dibelanjakan, ibunya akan melempar duit syiling (baki) itu ke tanah.

Katanya, ibunya mahu menunjukkan bahawa bukan senang untuk mahu dapatkan duit. Jelas Wang, pengalaman yang pedih sebegitu menajdi ingatan dalam kepalanya sehinggalah dia dewasa.

Wang juga membesar dan tinggal dalam rumah yang kecil dan usang. Maka sebab itulah dia bekerja bersungguh-sungguh dan mula menabung selama sembilan tahun sehingga berjaya memiliki dua rumah sendiri ketika ini.