PAKISTAN – Seorang remaja Pakistan berumur 22 tahun, Shahmeer Ali, mendapat keuntungan sebanyak $USD150,000 dengan mengodam 400 laman sesawang syarikat-syarikat besar termasuklah Microsoft, Facebook, Yahoo,Twitter, Google, Dropbox, LinkedIn, dan banyak lagi.
Menurut shameer;
“Peranan utama saya adalah untuk mencari kelemahan produk dan servis dalam kehidupan seharian kita. Selepas menemui masalah perisian, saya menghubungi mereka yang bertanggungjawab, dan memaklumkan perkara berkenaan. Para pengkaji sistem perisian turut mengiktiraf hasil kerja saya dan membayar sejumlah insentif yang lumayan.”
Beliau kemudiannya melaporkan pepijat yang berjaya dikesan (Bugs track). “Bugs Track” adalah proses mengesan kelemahan atau masalah perisian komputer mahupun aplikasi telefon pintar. Bugs pula adalah penyebab kelemahan tersebut.
Shahmeer Ali merupakan seorang genius kerana mampu mempelajari bahasa komputer dengan masa yang singkat. Sebagai contoh bahasa komputer adalah C, C++, Java, Fortran, Visual Basic, XBase, Powerbuilder, JavaScript, Word Basic dan banyak lagi. Dikatakan, untuk mencapai tahap seperti Shahmeer, seseorang itu memerlukan pengalaman 10-15 tahun dalam bidang tersebut.
Shahmeer pernah tersenarai sebagai pengodam nomber 1 oleh Hackerone pada tahun 2015 dan kini beliau berada di kedudukan nombor 15. Namun atas faktor usia, Shahmeer mempunyai potensi besar dalam bidang ini.
Keluarga Shahmeer berpindah dari Multan ke Karachi ketika beliau masih berusia 13 tahun. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah dari Rangers Public School, sebelum menyambung ke peringkat menengah di Government Degree College dalam bidang kejuruteraan.
Shahmeer amat meminati penggunaan komputer sejak kecil. Semasa diawal penglibatan dalam dunia pengkomputeran, beliau selalu menemui bugs dalam komputer Pentium 3. Hanya dengan menggunakan Google, beliau mampu untuk mencari penyelesaian untuk masalah bugs@pepijat.