PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif harian semakin naik mendadak dengan 8,290 KES telah dicatatkan yang mana adalah TERTINGGI setakat ini yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 549,514 KES.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 2,052 KES dan diikuti KELANTAN sebanyak 851 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 830 KES.
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;







