KM Hajiji Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Tanjung Aru

KM Hajiji Sampaikan Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Tanjung Aru

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor pada hari ini mengambil peluang melawat kawasan kebakaran yang memusnahkan lebih 30 buah rumah dalam kejadian di perkampungan atas air di Tanjung Aru, pada awal pagi Selasa yang lalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, hari ini, menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru, di Masjid Al Kauthar, di sini.

Hajiji turut menyampaikan bantuan wang ihsan sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) selain bakul makanan dan peralatan dapur (RM500) serta bahan binaan rumah (RM2,000) turut diberikan kepada KIR terbabit.

Dalam kejadian pada awal pagi Selasa lalu, seramai 51 ketua isi rumah (KIR) yang membabitkan 216 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas 33 rumah di perkampungan atas air di Kampung Tanjung Aru, dekat sini musnah dalam kebakaran itu.

Selain bantuan daripada kerajaan negeri, beberapa agensi dan sektor korporat lain termasuk Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM13,000 untuk membantu meringankan beban mangsa kebakaran.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor menyaksikan sumbangan khas tambahan sebanyak RM13,000 daripada MUIS untuk diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru, di Masjid Al Kauthar, di sini hari ini…

Hajiji berharap bantuan itu sedikit sebanyak dapat membantu mangsa yang terbabit dalam kebakaran pada awal pagi, Selasa lalu.