MELAKA – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, bersama rombongan UMNO Sabah telah turun padang bagi membuat tinjauan awal sempana Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November depan di beberapa buah tempat di negeri yang bersejarah itu.
Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO turut meninjau beberapa pusat daerah mengundi selain beramah mesra dengan golongan peniaga di beberapa lokasi.

Sebagaimana yang telah dimaklumkan, UMNO Sabah akan menghantar jenteranya bagi membantu calon-calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) di beberapa buah pusat daerah mengundi yang akan ditetapkan pada PRN Melaka kali ini.
“UMNO Sabah akan berkampung di sini dari hari penamaan calon masa berkempen dan dihari pengundian,” katanya selepas membuat tinjaun di Melaka baru-baru ini.
Turut serta dalam tinjuan awal tersebut ialah Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah; Datuk Awang Asee Lakat, Penolong Setiausaha UMNO Sabah; Datuk Jumat Idris, Ketua Puteri UMNO Sabah; Datuk Dr.Fadilah Sabri dan beberapa Ketua UMNO bahagian Sabah.