Makan Masa Tiga Jam Tangkap Buaya Jantan Sepanjang 5.1 Meter Di Lahad...

Makan Masa Tiga Jam Tangkap Buaya Jantan Sepanjang 5.1 Meter Di Lahad Datu

0
SHARE
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":[],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

LAHAD DATU: Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung di Sungai Nipah Tambisan, Felda Sahabat pada Rabu lalu.

Dilaporkan operasi menangkap buaya jantan seberat 900 kilogram itu mengambil masa dalam lebih kurang tiga jam, lapor Sinar Harian.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.

“Sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.

“Kami mengambil masa selama lebih tiga jam untuk menangkap buaya tersebut disebabkan haiwan itu cuba melawan balik dengan melibaskan ekornya ketika ditarik menggunakan tali,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, buaya tersebut kemudian berjaya dibawa naik ke darar dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

Dalam pada itu, Pembantu Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Wong mengesahkan pihaknya ada menerima buaya tersebut yabg diserahkan olej Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Berdasarkan laporan, buaya itu telah tersangkut pada pukat penduduk kampung di sungai tersebut sebelum diserahkan kepada pihak kami pada keesokan harinya.

“Buaya yang ditangkap itu adalah buaya jantan dewasa bersaiz sepanjang 5.1 meter dan kita anggarkan beratnya adalah kira-kira 900 kilogram,” katanya.